SUIS Suis mempunyai fungsi yang sama seperti hab.Alat ini hampir menyerupai hab tetepi berupaya menyemak data yang diterima ,menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data tersebut dengan tepat.
HAB Hab berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).Hab mempunyai port rangkaian .Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
PENGHALA Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan.Penghala mempercepatkan penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan laluan yang terbaik.
MODEM Modem menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon. ...
PENYESUAIAN RANGKAIAN TANPA WAYAR Penyesuaian rangaian tanpa wayar membolehkan komputer berhubung ke rangkaian tanpa wayar.Peranti ini boleh berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambungkan ke port USB atau PCMCIA.
TITIK CAPAIAN TANPA WAYAR Titik capaian tanpa wayar membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer -komputer dan peranti - peranti yang lain dalam rangkain tanpa wayar.
KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN Kad antara muka rangkaian membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel rangkaian.